Ciri-ciri penting bagi sistem POS

Mencari sistem POS yang sesuai? Ini perkara yang anda perlu tahu.

Jika anda ingin memulakan perniagaan dan sedang mencari sistem POS yang sesuai, berikut adalah perkara penting yang anda perlu ambil tahu tentang sistem POS.

Sistem untuk tempat jualan atau lebih dikenali sebagai sistem POS adalah penting untuk menguruskan perniagaan. Sistem ini membolehkan peniaga mengendalikan kaedah pembayaran dengan cepat, teratur dan selamat. Oleh itu, sistem POS yang baik diperlukan untuk setiap perniagaan. Di dalam artikel ini, kami telah menyenaraikaikan ciri-ciri penting yang perlu ada bagi setiap sistem POS.

Namun, apa itu sistem POS?

Sistem Point-of-Sale atau singkatannya ‘POS’ membantu dalam memusatkan semua proses jualan dan perniagaan. Mengendalikan perniagaan memerlukan pelbagai tugas yang berbeza, daripada pemasaran, pengurusan inventori kepada membuat laporan jualan bulanan. Sistem POS yang cekap dapat menjimatkan masa, mengurus dan seterusnya membantu mengembangkan perniagaan.

POS didi systems

Apakah ciri-ciri yang diperlukan oleh sistem POS?

Seperti yang kita tahu, POS terbahagi kepada dua jenis iaitu POS fizikal (hardware POS) dan perisian POS (software POS). Meskipun kita di dalam dunia segalanya melibatkan teknologi, namun POS fizikal yang dianggap ‘tradisional’ masih lagi releven digunakan bahkan masih ramai lagi peniaga yang menggunakan sistem ini terutamanya di restoran dan kedai-kedai runcit.

Berikut merupakan elemen-element penting bagi POS fizikal;

1. Peranti

Peranti yang disambungkan ke sistem berfungsi untuk merekod transaksi jualan. Terdapat pelbagai variasi bagi peranti, anataranya iPad, tablet atau PC. Data dan rekod transaksi jualan akan tersimpan dengan selamat di dalam peranti tersebut.

2. Pengimbas Bar Kod

Jika anda pernah ke kedai runcit atau pasar raya, anda mungkin perasan bahawa semua item perlu diimbas. Oleh itu, pengimbas kod bar diperlukan. Pengimbas berfungsi untuk membaca kod bar pada produk dan memindahkan data ke peranti.

3. Pencetak resit

Pencetak resit diperlukan untuk mencetak titik transaksi jualan untuk kedua-dua pelanggan dan peruncit. Sekiranya terdapat sebarang percanggahan akan datang, ia bertindak sebagai bukti pembelian dan pembayaran.

4. Laci wang tunai

Laci tunai digunakan untuk wang, bil, resit dan dokumentasi lain yang berkaitan dengan perniagaan. Memandangkan laci tunai ialah bahagian tempat jualan yang paling kerap digunakan, anda harus melabur dalam model yang berkualiti tinggi dan selamat.

Tonton video di bawah untuk mengetahui bagaimana sistem POS berfungsi!

Seterusnya merupakan ciri-ciri penting bagi perisian POS (POS software);

1. Pemprosesan bayaran

Pencetak resit diperlukan untuk mencetak titik transaksi jualan untuk kedua-dua pelanggan dan peruncit. Sekiranya terdapat sebarang percanggahan akan datang, ia bertindak sebagai bukti pembelian dan pembayaran.

2. Laporan POS

Laporan mengenai urus niaga merupakan satu lagi fungsi yang mesti ada. Contohnya, perniagaan francais, ia dapat memantau kakitangan, inventori dan jualan. Pemilik atau pengurus boleh membangunkan strategi untuk pengembangan masa depan perniagaan berdasarkan laporan POS tersebut.

3. Pengurusan inventori

Menjejaki inventori adalah satu perkara yang perlu sama ada anda menjalankan kedai fizikal atau kedai dalam talian. Anda boleh memantau jualan dan menerima pemberitahuan ketika item hampir kehabisan stok. Ini akan membantu anda dalam mengurus, merancang dan menyimpan semula inventori anda.

4. Pengurusan pekerja

Semasa menguruskan perniagaan, adalah penting untuk mengingati keperluan kakitangan. Komponen untuk pengurusan kakitangan disertakan dalam beberapa sistem POS. Kompenan ini berfungsi untuk menjejaki ketidakhadiran, mengendalikan gaji, serta menjejaki masa bekerja.

Oleh itu, pastikan kesemua ciri-ciri ini ada ketika anda memilih sistem POS bagi menguruskan perniagaan anda. Jika anda sedang mencari sistem POS yang lengkap dengan harga yang rendah, kami ada penyelesaianya! Di Didi Systems kami menawarkan sistem POS yang menepati kesemua ciri-ciri penting di atas.

@didisystems

Anda ingin tahu lebih lanjut tentang POS systems? Tekan je link di bio dan jangan lupa follow, like and share untuk bideo seterusnya !! 🥰 #fyp #tiktokmalaysia #didisystem #possystem #possystemmurah #possystemmalaysia #viral #trending #booktokmalaysia

♬ original sound – Didi Systems – Point of Sale💰 – Didi Systems – Point of Sale💰

Ketahui lebih lanjut tentang POS sistem di laman web kami, didisystems.com.my. !

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *